Want your
own Fotopage?
KhairinaIzzati Photography
By: Khairina Izzati
[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Tuesday, 28-Apr-2009 16:47 Email | Share | | Bookmark
Last words..
Assalamu'alaikum w.b.t..
Dengan ini, secara rasminya saya akan move out dari fotopages ke blogspot. Lately, I've been juggling passion, obligation and commitment all at once. I think that having a blog is easier for me as i don't have much time to snap photos anymore like i used to (lagipun sekarang selalu berjauhan dgn D80 terchenta). But this doesn't mean i'm quitting photography for good..no no. Photography will always be a passion of mine.
Dengan rasmi jugak mengumumkan blog baru sy..the approach might be a bit different. It's more to campus life, Islam and current issues. And of course, blogging means more babble and less photos.hehe. Whatever it is, I'll try my best at blogging.
Thanks to everyone who has been the best of support since i started this fotopage. Hope to see u in my blog!
Wasalam.
An excellent article to improve people's quality, griffeys. enhance the knowledge of the, griffeys shoes. I really like this article,
cheap griffeys, and thank you for sharing.
ken griffey jr shoes
Sat 19-Nov-2011 00:10
Posted by:cheap griffeys  - [Link]
I had a dream to begin my own business, but I didn't earn enough of money to do that. Thank heaven my dude advised to use the personal loans. So I took the auto loan and realized my dream. Tue 6-Dec-2011 18:49
Posted by:loans  - [Link]
Ce qui a été présenté comme une chaussure de basket dans la commercialisation converse all star
en début du 20ème siècle est devenu une marque de renom pour les sportifs,converse all star pas cher
les enfants et les clients d'autres en général. Oui,chaussures converse all star
c'est une histoire de chaussures Converse, qui a sculpté sa niche particulière depuis son apparition converse all star cuir
et il est devenu le premier choix de beaucoup de gens qui cherchent des chaussures confortables.
Mon 12-Mar-2012 02:13
Posted by:converse all star  - [Link]
View all 6 comments Add comment
Tuesday, 16-Dec-2008 05:38 Email | Share | | Bookmark
Al-Fatihah..
Jam 8 pagi..Telefon bimbitku berdering. Nama Babah tertera di skrin. Lantas aku teringat, Babah berada di Seremban menjalani kursus. Perlahan aku menjawab panggilan tersebut.
"Helo.."
"Ina, mana mama?"
"Mama ada, jap, Ina panggil."
"Eh, wait..Babah ada a really bad news to tell mama. Babah nak Ina ada sebelah mama in case anything happens to mama. Okay? Make sure Ina ada sebelah mama. Now pass the phone to mama."
Aku hanya menurut..
"Ma, babah call.."
Telefon bimbitku bertukar tangan. Aku berdiri sebelah Mama seperti yang disuruh. Sejurus selepas itu, mama menjerit dan menangis. Sungguh, aku tidak pernah melihat mama menangis begitu. Aku memeluk mama dengan erat, aku mengusap kepala mama. Aku sudah mengagak berita yang babah sampaikan.
"Ya Allah!! Ayahhh.."
Tok Ayah telah kembali ke rahmatullah. Ajal yang menjemputnya tatkala kami belum bersedia menerima pemergian seorang insan tercinta. Sepatutnya esok ada kenduri korban di rumah Uncle Lias dan sebab itulah Tok Ayah berada di rumah Uncle Syed. Tak dijangka pula rancangan Allah yang terlebih dahulu menjemput Tok Ayah. Entah mengapa, mata ini kering dengan air mata. Setitis pun tidak gugur ke pipi. Tabahkah aku? Atau sekadar menahan air mata ini agar mama tidak menjadi lebih sedih? Ya Allah..kerasnya hati ku. Susahnya untuk air mata ini mengalir..bukannya aku tidak sedih. Aku sedih. Aku sangat menyayangi Tok Ayah..
Babah menelefon semula. Babah menyuruh kami bersiap dan mengemas pakaian. Babah akan pulang secepat mungkin dari Seremban.
"Abang, bangun.." Aku mengejut Abang Khairul yang masih tidur.
"Abang, bangun..Tok Ayah dah meninggal. Babah suruh siap"
Abang Khairul tersentak dan memegang tanganku. Dia memandangku tidak percaya. Kedengaran suara mama yang masih menangis di bilik.
"Tok Ayah meninggal tadi pagi. Cepat siap..nak pergi rumah Uncle Syed."
Abang Khairul turun dari katil dan melangkah ke bilik mama dengan cepat. Aku mencari kelibat Abang Khairil pula..
"Abang Khairil, bangun..Tok Ayah dah meninggal. Babah suruh siap.."
Abang Khairil terus terjaga. Matanya tercegat memandangku. "Hah?!"
"Tok Ayah meninggal..siap cepat."
Abang Khairil yang mendengar tangisan mama pantas bangun dan mencari mama.
Kami menenangkan mama yang masih meraung dan menangis. Mama sangat rapat dengan arwah Tok Ayah..pemergian Tok Ayah membuat mama hampir histeria. Kami bersiap dan mengemaskan pakaian. Abang Khairil mencapai kunci kereta dan keluar mencari adikku, Ayie. Awal-awal pagi lagi Ayie telah keluar untuk bermain bola di taman berdekatan. Setelah Ayie pulang, dia memandangku. Aku hanya mendiamkan diri, lalu dia terus mencari mama. Babah tiba di rumah sejurus selepas itu..sambil memeluk babah, mama menangis teresak-esak..
Kakiku melangkah masuk ke rumah Uncle Syed. Kelam dan sepi. Kedengaran esak tangis dari ruang tamu. Aku melihat Aunty Jude dan Aunty Zaini di sofa. Mama yang menyalami Aunty Zaini, terus memeluknya dan menangis lagi. Setelah bersalaman, aku melangkah kaki mencari Tok Ayah.
Di ruangan itu, aku melihat sekujur tubuh di pembaringan. Tubuh tua itu di selimuti kain putih, dua tangannya kaku berdakap. Wajah Tok Ayah sangat tenang, seperti sedang tidur. Mama menghampiri tubuh Tok Ayah dan mengucup dahinya. Aku tidak terdaya. Aku masih tidak percaya Tok Ayah telah pergi..aku tidak mempersoalkan ketentuan Ilahi..aku tahu aku harus redha dengan pemergian Tok Ayah.
Perlahan kakiku melangkah untuk berwuduk..lalu aku mencapai mushaf yang sempat ku bawa dari rumah. Aku menyelak helaian surat-surat cinta dari Allah itu, mencari surah Yassin, jantung Al-Quran. Lantunan ayat-ayat suci itu mengasyikkan. Beberapa ahli keluargaku yang lain turut membaca surah Yasin.
Ahli keluargaku sibuk menguruskan permit untuk mengebumi jenazah dan menyewa van jenazah. Aku duduk di tangga dan merenung jauh. Tenggelam dengan perasaan sendiri. Aunty Cah duduk di sebelah ku sambil menangis. Beberapa ahli keluarga Aunty Cah yang tidak ku kenali juga berada disitu.
"Tadi pagi mama (nenek tiri ku) kata, ayah tak boleh tidur. Jadi lepas subuh, ayah tidur sekejap. Pagi ni sepatutnya ada dental appointment, so dalam pukul 8 tu, Syed suruh mama kejut ayah tapi ayah tak bangun.."
"Malam tadi kami duk sibuk kat dapur, prepare untuk barbeque malam ni. Ayah mai kat dapur pastu dia kata 'Ayah tak sabar nak makan dah ni'."
Aunty Cah bercerita sambil menangis. Aku hanya mendiamkan diri. Aku melihat sekeliling. Rezeki Tok Ayah murah..semua lapan anak Tok Ayah berada di sini bersama menantu.
Van jenazah tiba pada jam 12.30 tengahari. Jenazah Tok Ayah diusung dan akan dibawa ke rumah Tok Ayah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Selesai segala urusan, kami berangkat ke Bukit Mertajam. Sepanjang perjalanan, aku hanya mendiamkan diri. Fikiranku menerawang memikirkan apa yang telah terjadi.
Jam 5.00 petang. Kereta kami tiba di Tanah Liat, Bukit Mertajam. Orang ramai telah berkumpul di rumah Tok Ayah. Semuanya telah sedia. Persiapan untuk memandikan jenazah, keranda, kubur..Aku masih tidak percaya. Sebuah katil bujang diletakkan di ruang tamu, lalu jenazah Tok Ayah diletakkan disitu. Dulu, semasa arwah Tok Puan meninggal, di katil itu juga arwah Tok Puan dibaringkan. Kerana terlalu sayangkan arwah Tok Puan, Tok Ayah menggunakan katil itu untuk tidur. Kini, giliran Tok Ayah pula.
Tok Ayah dan Tok Puan
Jam 6 petang, jenazah dimandikan. Ruang tamu yang luas itu dibahagikan dua dan dihadang menggunakan kain. Rezeki Tok Ayah kerana anak-anak lelaki, menantu-menantu lelaki dan cucu-cucu lelaki Tok Ayah, semuanya membantu memandikan Tok Ayah.
Beberapa minit kemudian, ustaz yang bertugas memaklumkan bahawa anak-anak perempuan Tok Ayah boleh menjiruskan air ke tubuh jenazah. Aku mengikut langkah mama, Aunty Pah, Aunty Cah dan Aunty Kirah. Aku memegang erat tangan Shasha, sepupuku. Kami memasuki ruangan memandikan jenazah itu. Aku melihat tubuh Tok Ayah yang diselimuti kain putih yang telah basah itu.
"Siapa yang nak jirus air kat jenazah boleh lah buat sekarang. Mula dari kanan, kiri, dan tengah, dari kepala ke kaki. Usap perlahan-lahan. Air mata tu jaga, jangan bagi kena jenazah." Kata ustaz itu.
Seorang demi seorang anak-anak perempuan Tok Ayah mencapai hos air itu. Abang Khairul, Abang Khairil dan beberapa sepupu lelaki ku yang lain turut menjiruskan air.
"Ustaz, kalau cucu perempuan boleh jirus air tak?" tanya mama.
"Boleh..takde masalah." Kata ustaz itu sambil memandang ke arah kami, aku, Shasha, Hana dan Izzah. Aku mengundur ke belakang. Aku hilang kekuatan. Shasha ke depan dan mencapai hos. Aku hanya melihat. Selepas itu giliran Amin pula. Aku memaksa diri untuk ke depan. Perlahan aku menyinsing lengan baju, aku membetulkan sarung lengan. Aku melangkah ke arah pembaringan Tok Ayah. Wajah Tok Ayah samar-samar di sebalik kain putih yang basah itu. Aku menyentuh kepala Tok Ayah dan meratakan air. Kanan, kiri, kemudian tengah..dari atas ke bawah. Tatkala menyentuh muka Tok Ayah, aku sebak. Wajah ini dahulu pernah aku rindui. Dahulu, apabila mengucupi pipi Tok Ayah, aku selalu berkerut dan tersenyum. "Bau curut lah Tok.." Pasti Tok Ayah ketawa melihat gelagatku. Kini, tiada lagi ketawa itu.
Usai memandikan jenazah, tubuh kaku Tok Ayah dipindahkan ke atas selimut di lantai. Jenazah dikapankan tiga lapis semuanya. Aku melihat ustaz itu meletakkan minyak atar pada kain kafan. Aku melihat ustaz menulis kalimah tauhid di dahi Tok Ayah..aku makin sebak. Namun, mataku tetap kering. Kerasnya hatiku. Kemudian, seorang demi seorang anak-anak, anak tiri, dan cucu Tok Ayah mengucupi Tok Ayah. Tiba giliran aku mengucupi Tok Ayah. Aku mencium kedua pipi Tok Ayah dan dahinya. Terasa sejuk sekali.
Pada ketika itu, hanya Uncle Gi, Aunty Eda, Rifhan, Abang Hafiz, Abang Mohsin, dan Abang Basyed yang belum tiba. Azan Maghrib berkumandang dan orang ramai bersurai ke masjid untuk solat berjemaah. Rumah Tok Ayah hanya selang dua rumah dari Masjid Tuan Abdullah. Masjid moyang Tok Ayah. Dahulu, setiap kali tiba Hari Raya Aidilfitri atau Aidiladha, Tok Ayah pasti menjadi imam dan bertugas memberi khutbah.
Selepas solat Maghrib jenazah dibawa ke masjid untuk solat jenazah selepas solat Isyak. Jam 8.30 malam, hujan renyai-renyai di luar. Jenazah diusung ke tanah perkuburan, Makam Tuan Abdullah. Tempat yang sama arwah Tok Puan dan Mak Tok Ayah dikebumikan. Tok Ayah mesti nampak anak-anak, anak tiri, cucu dan orang ramai berebut-rebut nak angkat keranda Tok Ayah sehinggakan terlalu ramai yang angkat, sampai susah nak jalan.
Di tanah perkuburan, orang ramai berpusu-pusu nak masuk. Tanah yang sedia digali dan lampu yang telah dipasangkan memudahkan kerja pengebumian. Perlahan-lahan jenazah diturunkan. Setelah itu, jenazah dikalihkan mengadap kiblat.
"Ustaz, sekejap. Ni ada lagi sorang cucu yang belum tengok. Boleh tak bukak untuk tengok muka?" Teriak salah seorang ahli keluargaku. Rupanya Abang Basyed baru tiba dari Johor.
"Tak boleh dah..jenazah dah kalih ni." Kata ustaz itu.
Aku melihat sorot wajah Abang Basyed yang sedih dan kelam. Namun, dia tak putus asa. Dia menghampiri liang lahad dan melihat sekujur tubuh yang kaku itu. Itu sahajalah yang termampu dia lakukan. Sungguh..rezeki Tok Ayah murah. Anak-anak, anak tiri dan cucu yang ramai memudahkan kerja. Seorang demi seorang menimbuskan tanah ke liang lahad. Cangkul bertukar tangan dari yang tua ke yang muda. Sayangnya, Kak Iman, Kak Diyana dan Nabil, tak sempat melihat Tok Ayah. Kak Iman berada di Jepun, Kak Diyana di London, dan Nabil pula bertugas di atas kapal. Mungkin berada di Singapura.
Talkin yang syahdu menjadi penutup kesedihan kami. Masih kedengaran tangisan Aunty Kirah dan Aunty Cah. Aku merenung nasib Tok Ayah di dalam keadaan gelap gelita itu..semoga kegelapan itu diterangi cahaya keimanan dan cahaya dari Al-Quran. Aku teringat kata-kata seorang ulama, "Apabila seorang bayi dilahirkan, dia di azankan. Dan apabila seseorang itu meninggal dunia, dia di sembahyangkan. Betapa singkatnya waktu antara azan dan solat itu..".
Doaku, semoga Allah memelihara roh Tok Ayah dan meletakkan dia di kalangan umat yang beriman dan beramal soleh..wallahu'alam..
Dalam kenangan, Haji Wan Mahmood bin Wan Ishak, 1921 - 2008.
13 Disember 2008 | 15 Zulhijjah 1429 H
Al-Fatihah..
Quote:
"Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam. Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang. Pemilik hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan. Tunjukkanlah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan yang telah Engkau beri nikmat kepadanya; bukan jalan yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat."
salam takziah dari saya di Rennes,France.Saya juga baru kehilangan IBU tercinta pada 29.09.09.Terlalu hiba hati saya.....wassallam.amin Wed 21-Oct-2009 10:28
Posted by:MME MOHD GHAZALI JUWITA
Ce qui a été présenté comme une chaussure de basket dans la commercialisation converse all star
en début du 20ème siècle est devenu une marque de renom pour les sportifs,converse all star pas cher
les enfants et les clients d'autres en général. Oui,chaussures converse all star
c'est une histoire de chaussures Converse, qui a sculpté sa niche particulière depuis son apparition converse all star cuir
et il est devenu le premier choix de beaucoup de gens qui cherchent des chaussures confortables.
Mon 12-Mar-2012 02:15
Posted by:converse all star  - [Link]
Following my monitoring, thousands of persons in the world receive the personal loans from different banks. So, there is good possibilities to receive a small business loan in every country. Fri 6-Apr-2012 03:11
Posted by:mortgage loans  - [Link]
View all 17 comments Add comment
Monday, 1-Dec-2008 14:04 Email | Share | | Bookmark
Syaitan
Quote:
"Dan ingatlah ketika setan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan dosa mereka dan mengatakan, 'Tidak ada orang yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh aku adalah penolongmu.' Maka ketika kedua pasukan itu saling berpaling, setan balik ke belakang seraya berkata, 'Sungguh aku berlepas dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.' Allah sangat keras seksa-Nya."
(Al Anfal: 48)
love this photo!
meaningful..
Tue 9-Dec-2008 11:37
Posted by:mystique
catek ambor yg diambil spontantu...clas tersendiri lg,,,cayok -cayok
http://wanstudio.fotopages.com
Mon 15-Dec-2008 02:40
Posted by:mygraf  - [Link]
Do not a lot of cash to buy some real estate? You should not worry, just because that is available to receive the loan to work out such problems. Hence get a consolidation loan to buy everything you need. Mon 19-Mar-2012 03:03
Posted by:loan  - [Link]
View all 9 comments Add comment
Sunday, 26-Oct-2008 04:04 Email | Share | | Bookmark
Countdown..
Salam 'alaik..~
Latest news on campus:
1. hawkers at Arked Meranti (food court) are experiencing serious loss as most students prefer to stay in and eat instant food.
2. students have lost their sense of humour and do not smile much anymore.
3. the 'koop' is selling caffeine like hot cakes.
4. due to excessive consumption of caffeine, students are turning into zombies.
5. no more basketball, futsal, tennis, and takraw are being played..courts are empty and quiet.
6. constant screaming and crying can be heard from the girls' hostel.
7. wi-fi hotspots are no longer the place to hang out.
all these and 1001 other weird stuff just because FINAL EXAM is just around the corner!
countdown..7 days to go!
all the best to all..ma'at taufiq biwannajah~
"Maha Suci Engkau, tidak ada yang kami ketahui selain daripada apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.."
(Al-Baqarah: 32)
jgn lupa doa, doa n doa..then tawakal.
"Dan apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepadaku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran."
(Al-Baqarah: 186)
I remember a conversion with Kak Aufa when i was in standard 6..she was in form 4...
"Akak, susah lah belajar-belajar ni..penat tau. adik ambik 5 subjek ni pun dah nak give up..akak pulak ambik 11 subjek.aduhh."
"Hehe. adik ni..ape lah..tak susah pun sebenarnya..kalau rajin, mesti senang. take it easy okay?"
"kenapa kena belajar eh? adik malas betul lah nak study.."
"sebab, Allah wajibkan kita tuntut ilmu.bukan je ilmu fardhu ain yang wajib. yang adik belajar sekarang ni,maths, sains, tu semua ilmu fardhu kifayah.. "
" *blur* "
"Hehe. adik tak faham ye? macam ni lah..kita kena belajar sebab kita kena bangunkan islam. tegak kan balik agama kita. kalau adik pandai dalam sains, nak jadi doktor, jadi lah. tapi kena lah berbakti pada agama. kalau adik minat maths, nak jadi akauntan, bangunkan ekonomi islam. faham?"
"erm..faham kot. tapi adik tak tau adik minat apa lah kak aufa..kalau karate-do tu boleh kira ilmu kifarah jugak ke?!"
"adoi adik akak ni..kifayah lah..bukan kifarah! takpe adik..adik belajar je sungguh-sungguh. nanti lama-lama adik tau lah apa adik minat.baru adik faham.."
" *nods* "
erm..kecik-kecik dulu tak faham kak aufa cakap apa..sekarang baru faham. thanks akak. miss u.
update update..dah cuti.. Tue 18-Nov-2008 06:13
Posted by:bighafidz  - [Link]
Fri 10-Jun-2011 07:57
Posted by:jon lon  - [Link]
Ce qui a été présenté comme une chaussure de basket dans la commercialisation converse all star
en début du 20ème siècle est devenu une marque de renom pour les sportifs,converse all star pas cher
les enfants et les clients d'autres en général. Oui,chaussures converse all star
c'est une histoire de chaussures Converse, qui a sculpté sa niche particulière depuis son apparition converse all star cuir
et il est devenu le premier choix de beaucoup de gens qui cherchent des chaussures confortables.
Mon 12-Mar-2012 02:14
Posted by:converse all star  - [Link]
View all 16 comments Add comment
Thursday, 11-Sep-2008 07:21 Email | Share | | Bookmark
Nuzul al-Quran
Salam 'alaik..
Alhamdulillah, its already one third the month of Ramadhan..cuba kita renungkan & muhasabah balik sepanjang awal Ramadhan ni, layak kah kita mendapat rahmat Allah? Peringatan buat diri ana juga, semoga Ramadhan ini tak disia-siakan..belajar tu belajar jugak, kerja pun kerja jugak..but just for Ramadhan, let us spend more time doing ibadah. Let us khatam the Quran..let us perform terawih and qiamullail..let us sadaqah and prevent ourselves from doing sins. InsyaAllah..
Mungkin ramai dah tau..tapi nak bagitau jugak..dalam bulan Ramadhan ni, bagi orang yang betul2 menghayati Ramadhan, 10 hari pertama adalah rahmat, hari ke 11 hingga 20 pula adalah keampunan dari Allah..whereas hari 21 hingga 30 adalah pembebasan dari api neraka..Subhanallah.hebat tak hebat? sempena Ramadhan ni, jum kita refresh balik memory pasal Nuzul Quran..
Photo by anoynomous..arh..ana terlalu busy dgn test, quiz & assignments sampai x sempat bermanja-manja dgn camera.asif..
Peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci Al-Quran dimana ia disebut sebagai Nuzul al-Quran. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran menerusi firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Al Baqarah: 185)
Proses Penurunan al-Quran:
Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari (23 tahun).13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.
Kehebatan al-Quran:
1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta
ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu
merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah
satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu,
selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”
(al-Baqarah, ayat 23).
5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan
kepada Nabi saw.
6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara
menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan
keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan
mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.
7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)
8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
Peringatan:
Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
source
bagus letak entry ni..amat berguna.. Tue 16-Sep-2008 00:52
Posted by:maya amir  - [Link]
::: askm khairina.. alhamdulillah saya sihat.. terima kasih bertanya khabar..
::: sempena nuzul al-Quran ini, entry khairina pon berbentuk keagamaan
::: menjuruskan kepada al-Quran.. bagus informasi yg disediakan oleh
::: khairina ini.. ada org, kecik2 jer baca al-Quran, bila dah besar, mmg
::: lama tak pegang, bukak, apatah lagi membacanyer.. cuma waktu2
::: tertentu jer baca iaitu kenduri tahlil.. itupon dah tersangkut2 baca
::: Yassin, takpon, kelakarnyer gerak mulut ikut org lain baca [huhu]..
::: kalo bab khatam, mungkin sekali dlm hidup, 2 kali tuh pon masa
::: nak kahwin [hehe] itupon perempuan ajer, dan baca beberapa
::: surah pendek, the rest org lain tolong sambungkan.. apa2pon
::: sumer ini terletak di atas Niat masing2, kalo utk menunjuk2
::: pahalanyer taklah sebesar yg ikhlas.. tapi sesungguhnya
::: org yg membaca al-Quran itu sememangnyer tidak akan rugi..
::: walaupon hanya mendengar.. [re]: mmg byk berjalan, tapi
::: berjalan sambil bekerja.. lain rasanyer kalo nak compare dgn
::: cuti sebenar2nyer cuti, kan? [huhu] insya-Allah kalo ada rezeki
::: khairina juga berpeluang melawat negeri2 pantai timur ini.. cuma
::: jangan culture shock sudah.. sbb budaya & makanannyer jauh
::: berbeza dgn pantai barat & selatan.. salam nuzul Quran khairina!
Tue 16-Sep-2008 05:26
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin
Selamat menghabiskan puasa dan terawih..
=D
http://agmnhob.fotopages.com
Fri 26-Sep-2008 04:35
Posted by:bighafidz  - [Link]
View all 7 comments Add comment
Saturday, 30-Aug-2008 15:47 Email | Share | | Bookmark
Ihya' Ramadhan 1429H
Salam 'alaik~
Finally, its the month of Ramadhan..bulan keampunan, bulan rahmat, dan pembebasan dari azab neraka bagi mereka yang beriman.
Quote:
"Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu." - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi
Salah satu tanda orang yang akan mendapat kebaikan Ramadhan adalah mereka yang gembira dengan kehadiran Ramadhan. Mereka menantikan bulan ini dan menyambutnya dengan gembira. Sabda Rasulullah s.a.w.:
"Sesiapa yang bergembira dengan kedatangan Ramadhan maka Allah mengharamkan ke atas jasadnya api neraka."
Bulan Ramadhan merupakan bulan di mana syaitan dan iblis di belenggu dan di tutup semua pintu neraka. Maka terbentang luas pintu-pintu syurga..This shows how merciful Allah is towards His servant who is loyal in performing ibadah and does righteous..
Quote:
"Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan." -riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi
Subhanallah.
Ramadhan is surely a gift from Allah to humankind..a chance to repent and gain multiplied merit for every good deed that is done.
Quote:
"The month of Ramadan has arrived again, the month of fasting and prayer. It is the month that provides an opportunity for forgiveness from Allah and emancipation from our sins. It is the month for performing good deeds and giving in charity. It is the month when the gates of the heavens are opened and the rewards for our deeds are magnified many times over. It is the month wherein prayers are answered and the status of the worshipper is elevated. It is the month wherein sins are forgiven." - Sheikh `Abd al-`Azîz b. Bâz
Ramadhan juga digelar sebagai syahru al-Quran. Bulan di mana Quran dibaca paling byk berbanding bulan-bulan lain. It is the host month for the inauguration of the final revelation, Al-Qur`an Al-`Azeem.
Quote:
"Ramadan is the (month) in which was sent down the Qur'an, as a guide to mankind, also clear (Signs) for guidance and judgment (Between right and wrong)." (Al Baqarah:185).
Till then..
Salam Ramadhan..selamat beribadah!
Sabda Rasullullah s.a.w.: " Puasa adalah perisai, maka apabila seseorang kamu berpuasa, maka dia tidak boleh mengeluarkan perkataan jahat, tidak boleh bercakap lancang. Apabila dicerca oleh seseorang atau ada orang hendak membunuhnya, hendaklah dia mengatakan: Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa."
Salam..selamat berpuasa Khairina..
first time masuk FP Khairina..enjoy tgk pic sini
Student lagi ke? Buat Medic? Ngeri lah tgk tikus kena belah tu..huhu
Sat 6-Sep-2008 22:44
Posted by:Liya  - [Link]
kin0tttt!!!
huhu.
nice page..
mishh u l0tttsss
Fri 7-Nov-2008 16:35
Posted by:nick
ske kc0 ko..yeayea
Fri 7-Nov-2008 16:37
Posted by:nick
View all 8 comments Add comment
Saturday, 30-Aug-2008 14:05 Email | Share | | Bookmark
Baby Angel
View all 6 photos...
Salam 'Alaik~
here are some photos of baby Angel's photoshoot..enjoy!
mcm anak cina..ke mmg anak cina.. cute betoi Wed 10-Sep-2008 00:40
Posted by:maya amir  - [Link]
Nice shots babe. Pic tgn baby dgn rantai tu menarik. Kipidap!!! Mon 15-Sep-2008 02:26
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
....rupa siapa....?????ermmm....rupa anak manusia. Sun 26-Oct-2008 11:24
Posted by:mas...
View all 7 comments Add comment
Wednesday, 20-Aug-2008 18:54 Email | Share | | Bookmark
Teaser & bla,bla,bla..
salam 'alaik..
ni teaser untuk next entry..
updates:
feeling down..harini sy realised sy serba kekurangan. lemah..lemah sgt..
currently listening to:
mestica - layar keinsafan
Sepi benar senja ini
Bayunya semilir, menganak ombak kecil
Jalur ufuk pula mengemas terang
Kapal dan layar terkapar
Mengapa nantikan senja
Barukan terdetik, pulang ke pengkalan
Gusar malam menghampiri
Ku tewas di lautan
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
PadaMu Tuhan
Kan kuserahkan cinta kepadaMu
Tuhan layarkanku ke arah cintaMu
Tuntuniku menggapai redhaMu
Rimbunan kasihMu ku berteduh
KepadaMu ya Tuhan
Berikan secebis keinsafan
Bekalan sepanjang perjalanan
Mencari ketenangan
c/o
Biar Kau menjadi saksi
Tulus tangisku kala dini hari
Kesempatan yang hanya sebentar
Moga keikhlasanku terlakar
Berikanlah ku hidayah
Agar dikuatkan iman yang lemah
Moga diberkati hidup ini
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Moga lautan hilang gelora
Quote:
(فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨
Quote:
Oleh itu, bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, ( Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).
Quote:
Verily, along with every hardship is relief, Verily, along with hardship is relief. So when you have finished (your occupation), devote yourself for Allâh's worship. And to your Lord (Alone) turn (all your) intentions and hopes.
[Al-Insyirah: 5-8]
I can tell she's one adorable toddler by just looking at her chubby arm & leg.
Nice teaser nonetheless.
Ramadhan Mubarak to u!
Sat 30-Aug-2008 15:02
Posted by:mechattax  - [Link]
Comel pic ni babe. Besh besh.. Mon 15-Sep-2008 02:31
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
Ce qui a été présenté comme une chaussure de basket dans la commercialisation converse all star
en début du 20ème siècle est devenu une marque de renom pour les sportifs,converse all star pas cher
les enfants et les clients d'autres en général. Oui,chaussures converse all star
c'est une histoire de chaussures Converse, qui a sculpté sa niche particulière depuis son apparition converse all star cuir
et il est devenu le premier choix de beaucoup de gens qui cherchent des chaussures confortables.
Mon 12-Mar-2012 02:15
Posted by:converse all star  - [Link]
View all 9 comments Add comment
Saturday, 9-Aug-2008 15:01 Email | Share | | Bookmark
Microbes: How clean is your environment??
View all 6 photos...
Assalamualaikum w.b.t..
Praise to Allah almighty, The Beneficent, the Merciful, for giving me the chance to breathe right now..
I'm totally concious about the cleanliness of my surroundings nowadays. all these because we have to learn microbiology this semester. Seriously, i feel like sterilizing everything i own before i use them!
As a prove to why i am sooo concious, here's the result of last week's practical microbiology..we had to test bacteria growth on agar plate.
*and btw, apology in advance for the poor quality photos. i did not bring along my dslr to Johor..
1. Soil sprinkled on agar plate:
the transparent medium is the agar, while the opaque and whitish medium are the bacterias. now think twice before going outside without your shoes on!
2. Agar plate exposed to the air by removing the cover for 30 minutes:
this is the air we breath..God..look at all the microbes..
3. A strand of hair placed on the agar plate:
first of all, this is NOT my hair! conclusion: wash your hair people!
4. Agar plate touched by hand:
and again..it wasn't my hand which touched the agar..however, after seeing this, i never fail to wash my hands (with soap!) before i eat..
5. A drop a pipe water added to the agar plate:
okay..here's the deal. NEVER drink pipe water..kalau cuci pinggan, cawan, or any kitchen utensils, make sure you rinse them with hot-boiling water before you use them.
the conclusion for this entry is: jaga kebersihan, jaga iman, jaga amal and yg paling penting jaga Islam!
Wassalam~
Quote:
"Such is Allah, your Lord. There is no God save Him, the Creator of all things, so worship Him. And He taketh care of all things.."
"Itulah Allah, Tuhan kamu; tidak ada tuhan selain Dia; pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; Dialah pemelihara segala sesuatu.."
(Al An'am: 102)
gerunnya! Tue 19-Aug-2008 14:08
Posted by:otosan  - [Link]
::: perut org kita mcm perut kuda: belacan, lomak cili padi, asam pedas,
::: kari kaki ayam, siput sedut, kerang bakar, jeruk, buntut ayam, usus lembu,
::: sup torpedo, petai, mangga cicah kicap cili api, mcm2 laa [hehehe] org putih
::: makan mesti pengsan [haha] tu belum kira sanitasi toilet, dapur, nyamuk etc..
::: alhamdulillah skrg byk yg dah berilmu, produk kesihatan pon byk di negara kita..
::: paling mudah berwuduk, sbb air wuduk itu byk khasiatnyer utk kesihatan..
::: very good information.. mmg scary tengok result xperimen tuh.. [huhuhu]..
~ mikrobakteria kat bantal busuk pon ada [hehehe]
Sat 23-Aug-2008 06:24
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Ce qui a été présenté comme une chaussure de basket dans la commercialisation converse all star
en début du 20ème siècle est devenu une marque de renom pour les sportifs,converse all star pas cher
les enfants et les clients d'autres en général. Oui,chaussures converse all star
c'est une histoire de chaussures Converse, qui a sculpté sa niche particulière depuis son apparition converse all star cuir
et il est devenu le premier choix de beaucoup de gens qui cherchent des chaussures confortables.
Mon 12-Mar-2012 02:13
Posted by:converse all star  - [Link]
View all 7 comments Add comment
Saturday, 14-Jun-2008 18:38 Email | Share | | Bookmark
Bangkok!
here's a teaser for the next entry...
yaaa.. bestnye g thailand Tue 17-Jun-2008 06:21
Posted by:| By-xura |  - [Link]
sebaidi khab.... kab kab mai... Sat 21-Jun-2008 23:15
Posted by:dR ali  - [Link]
Add comment
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
© Pidgin Technologies Ltd. 2008.
web01.fp.pidgintech.com