Want your
own Fotopage?









 
KhairinaIzzati Photography

By: Khairina Izzati

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-Sep-2008 07:21 Email | Share | Bookmark
Nuzul al-Quran

Salam 'alaik..

Alhamdulillah, its already one third the month of Ramadhan..cuba kita renungkan & muhasabah balik sepanjang awal Ramadhan ni, layak kah kita mendapat rahmat Allah? Peringatan buat diri ana juga, semoga Ramadhan ini tak disia-siakan..belajar tu belajar jugak, kerja pun kerja jugak..but just for Ramadhan, let us spend more time doing ibadah. Let us khatam the Quran..let us perform terawih and qiamullail..let us sadaqah and prevent ourselves from doing sins. InsyaAllah..


Mungkin ramai dah tau..tapi nak bagitau jugak..dalam bulan Ramadhan ni, bagi orang yang betul2 menghayati Ramadhan, 10 hari pertama adalah rahmat, hari ke 11 hingga 20 pula adalah keampunan dari Allah..whereas hari 21 hingga 30 adalah pembebasan dari api neraka..Subhanallah.hebat tak hebat? sempena Ramadhan ni, jum kita refresh balik memory pasal Nuzul Quran..


Photo by anoynomous..arh..ana terlalu busy dgn test, quiz & assignments sampai x sempat bermanja-manja dgn camera.asif..

Peristiwa agung dalam sejarah umat Islam ialah turunnya kitab suci Al-Quran dimana ia disebut sebagai Nuzul al-Quran. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw. Peristiwa ini disebut di dalam al-Quran menerusi firman Allah yang bermaksud: “Ramadhan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Al Baqarah: 185)

Proses Penurunan al-Quran:

Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 22 tahun 2 bulan 22 hari (23 tahun).13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah.

Kehebatan al-Quran:

1. Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)

2. Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.

3. Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.

4. Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta
ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu
merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah
satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu,
selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”
(al-Baqarah, ayat 23).

5. Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan
kepada Nabi saw.

6. Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara
menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan
keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan
mendalam kekal terpelihara hingga kiamat.

7. Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)

8. Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”


Peringatan:

Al-Quran untuk dibaca bukan dijadikan perhiasan.
Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.


Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).

source

thanx for the info ... amat berguna dan penambah ilmu Sun 14-Sep-2008 10:07
Posted by:FarEast  - [Link]
Amat setuju dengan Faiz Sun 14-Sep-2008 12:39
Posted by:m:e:o:r:j:a:y meorjay65@yahoo.com  - [Link]
Another good info from you.

re: Thanks for the compliment. Selamat berpuasa dan selamat menyambut nuzul Quran.
Mon 15-Sep-2008 02:33
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
Mon 15-Sep-2008 21:48
Posted by:hamba allah
bagus letak entry ni..amat berguna.. Tue 16-Sep-2008 00:52
Posted by:maya amir  - [Link]
::: askm khairina.. alhamdulillah saya sihat.. terima kasih bertanya khabar..
::: sempena nuzul al-Quran ini, entry khairina pon berbentuk keagamaan
::: menjuruskan kepada al-Quran.. bagus informasi yg disediakan oleh
::: khairina ini.. ada org, kecik2 jer baca al-Quran, bila dah besar, mmg
::: lama tak pegang, bukak, apatah lagi membacanyer.. cuma waktu2
::: tertentu jer baca iaitu kenduri tahlil.. itupon dah tersangkut2 baca
::: Yassin, takpon, kelakarnyer gerak mulut ikut org lain baca [huhu]..
::: kalo bab khatam, mungkin sekali dlm hidup, 2 kali tuh pon masa
::: nak kahwin [hehe] itupon perempuan ajer, dan baca beberapa
::: surah pendek, the rest org lain tolong sambungkan.. apa2pon
::: sumer ini terletak di atas Niat masing2, kalo utk menunjuk2
::: pahalanyer taklah sebesar yg ikhlas.. tapi sesungguhnya
::: org yg membaca al-Quran itu sememangnyer tidak akan rugi..
::: walaupon hanya mendengar.. [re]: mmg byk berjalan, tapi
::: berjalan sambil bekerja.. lain rasanyer kalo nak compare dgn
::: cuti sebenar2nyer cuti, kan? [huhu] insya-Allah kalo ada rezeki
::: khairina juga berpeluang melawat negeri2 pantai timur ini.. cuma
::: jangan culture shock sudah.. sbb budaya & makanannyer jauh
::: berbeza dgn pantai barat & selatan.. salam nuzul Quran khairina!
~
Tue 16-Sep-2008 05:26
Posted by:::: ReActivate :::  - [Link]
Salam aidilfitri.. maaf zahir dan batin
Selamat menghabiskan puasa dan terawih..
=D
http://agmnhob.fotopages.com
Fri 26-Sep-2008 04:35
Posted by:bighafidz agmnhob@gmail.com  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.